Hi readers ( entah ada ke tak ada ) sihat? Alhamdullilah kalau sihat, Allah bagi peluang untuk kita berkerja, sekolah, hidup dengan aman lagi :) K entry aku untuk kali ni, mungkin tak penting. tapi aku tergerak hati nak tulis.
nak bagi tahu betapa kejam nya aku layan sii dia, dan betapa kejamnya hati aku kena siksa oleh ex ex yang dulu. K semua tahu, aku couple dengan Jimmy kan? ( yang tak tahu tu skrg dah tahu)
aku cakap dekat semua orang yang aku dah break dengan dia. k padahal mana ada. dia tak pernah lepaskan aku. aku pandang dia hina. menyampah. aku tak sayang dia. benci dia. sebab dia macam poyopos. bajet gengste. aku pun macam ASDFGHJKL -.-'' hari hari dia msg aku, pujuk aku. kalau okay pun berapa jam lepas tu aku cari pasal
macam macam cara aku buat untuk lepaskan diri. naik motor dengan jantan lain. keluar dengan jantan lain. jumpa geng lelaki, tanpa ada dia. maki dia. sepak dia. tumbuk dia. malah aku taknak tengok muka dia langsung. macam tu hinanya aku buat dia. tapi dia still tunggu aku. merayu. kadang-2 kawan dia IM aku cakap dia menangis bagai. aku pun macam ASDFGHJKL alamak apa nak buat ni ah lantaklah, nak simpati je. aku selalu fikir negatif pasal dia
29/04/12
aku marah dia sangat, aku maki dia macam-2 sampai aku unfriend dia dari fb. dia merayu kat message fb. aku tak layan. maalam tu nak jumpa kat Jom Heboh tapi aku lari. malah dekat Jom Heboh aku keluar berkepit dengan kawan dia -.-'' malam tuu, dia call call aku. mula-2 dia maki aku. aku malas layan. dia msg aku tak balas. about 30 missed-call from him has been ignored by me ! LOL
30/04/2012
tepat 12 malam, dapat messagge dari dia, Happy One Month couple dannn masa tu aku macam ASDFGHJKL k duduk kejap, fikir... otak fikir dalam dalam. kenapa aku ni? Lily kau sedar tak apa kau buat? Lily kau gila? macam-2. maki diri sendiri. tunduk. menyesal. kesal. masa tu terbayang saat -2 ex ex aku buat dekat aku, datang balik benda tu, fulamaakkkkk weh sakit nya bukan kepalang. tapi... kenapa aku buat dekat Jimmy? Ya Allah lily sanggup kau buat Jimmy macam tu? apa salah dia? jiwa dan roh saling maki memaki. padahal otak rasa nak sembah tanah. mata rasa nak berombak pedih kesakitan. hati meronta. semua urat saraf masing-2 menyalahkan sesama sendiri. mulut terkunci, tetapi lidah ingin kuat menyalahkan diri sendiri. tak apa aku sembah muka kat bantal !
4saat aku bangun, mata merah, hidung sumbat. lemas, jangan silap. bukan nak bunuh diri. tapi nak bunuh perasaan ego yang menghantui diri. MACAM MANA AKU BOLEH TAK INGAT TARIKH AKU COUPLE DENGAN DIA PADAHAL DIA BOLEH INGAT? masa tu rasa macam nak ambil parang, kelar-2 tangan. fiuuuuuuu~ Iman kuat lagi. aku duduk lagi atas katil, pusing kepala tengkuk bunyi KRAKK KRAKK .
lepas tu suruh dia call. damn it. aku buat dia menangis. trololo. ego datang balik. silent hp, tidur. zzzzzz.
4 pagi bangun ! gosok-2 bijik mata, tengok jam. amboi 17 missed-call from jimmy. senyum sorgg-2. lepas tu ikrar dekat diri sendiri, " aku berjanji aku akan cuba mengembalikan perasaan kasiih dah sayang aku terhadap Danial Fahreez " masa tu macam kambing. teringat kenangan aku dalam kereta dengan dia. manja nyaaa lepas tu bommmm ! ego bergaduh dengan hati dan perasaan
ego : eh hati & perasaan, angan bagi muka kat Jimmy lah dia dah banyak tipu kau !
hati & perasaan : wei ego, kau boleh pergi mati. Jimmy baik ! dia janji nak tunggu aku sampai lepas PLKN !
ego : bodoh, bapak kau pun boleh janji macam tu :'DD
dan.. hati dan perasaan diam. buat group conversation dengan jantung otak hati. lalu hati bersuara
" aku sebagai hati, aku nak bagi nasihat. kaca-2 percintaan semasa muda sangat menyakitkan, jaga lah hati pasangan, jangan disakiti. jangan didustai. hati tu mulia, dia terima cinta dan sanggup mencintai. hati tu lembut, dia yang control perasaan kat sanubari. kalau takde hati, manusia hidup dalam penuh keadaan benci. jangan sampai hati mengubah diri " TETTTT itulah pesanan khas dari hati. masa tu aku dengar air air hingus dalam hidung ! mutiara kecil kecil seperti manik jatuh menyembah bumi. Ya Allah?! aku menangis?
mulianya kau hati :'(
sekarang, dari hati ke hari, aku minta maaf pada kau Jimmy. aku salah. sepatutnya bukan kau yang hina. tapi aku. selama ni aku tak jahat macam ni. selama ni aku yang kena main. tinggal dan pergi. yang datang kembalii lepas tu tinggal dah pergi :'/
aku tak reti nak menghargai kau. maaf kan aku. aku tak sempurna !

0 orang kata saya kentut wangi:
Post a Comment